|
|
| Thursday, 31-Dec-2009 14:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Zureen's Cookies - Kini Di Pasaran
|
 |
|
Zureen's Homemade Cookies
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Aug-2009 15:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
8 Ramadhan - Tarikh Akhir Tempahan Produk Zureen's
|
|
PENGUMUMAN : SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA TEMPAHAN UNTUK SEBARANG PRODUK ZUREEN'S COOKIES AKAN DITUTUP PADA HARI KE 8 PUASA, 29HB OGOS 2009. INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN PIHAK KAMI DAPAT MENYIAPKAN SEMUA TEMPAHAN ANDA SEBELUM KEDATANGAN AIDIL FITRI. HARAP MAKLUM.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui e-mail ke jutatrend@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jul-2009 11:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Produk 2 - Tart Nenas (Nasta Tart)
|
|
Nasta tart kami diproses dengan teliti dengan menggunakan "pure butter" sebagai bahan utama. Butter asli memberikan hasil tart yang amat lembut sehingga ia seolah-olah cair sebaik sahaja memasuki mulut anda. Ia juga menjadikan kuih tart anda enak dan berbau wangi. Nasta tart kami juga dibakar dengan teliti dengan memastikan tempoh pembakaran yang tidak terlebih mahupun terkurang.
Resipi homemade asli ini berjaya kami perolehi selepas menuntut dari seorang chef terkenal di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Nasta tart kami amat diminati ramai terutama semasa musim perayaan.
Produk Nasta Tart kami boleh di dapati dalam 2 bentuk pembungkusan dengan bilangan 50 biji (berharga RM17) dan 15 biji (berharga RM6).
Jika anda berminat untuk menjadi wakil penjual produk biskut kami, sila hubungi kami di jutatrend@yahoo.com untuk mendapat senarai harga ejen.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Jul-2009 14:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Produk 1 - Biskut Mazola
|
|
Biskut Mazola keluaran syarikat kami diadun dengan kacang tanah segar yang dipanggang tanpa menggunakan sebarang jenis minyak masak. Adunan kemudiannya dicampur dengan minyak jagung asli tanpa campuran bahan-bahan pengawit mahupun perasa yang dilarang. Keenakan yang terhasil dari resepi asli yang dibuat di dapur kami secara "homemade". Lapisan kuning telur yang disapu rapi di bahagian atas biskut menambah keenakan dan keharuman produk kami ini. Anda lihatlah sendiri hasilnya yang menyelerakan...
Syarikat kami menjual Biskut Mazola dalam 2 bentuk pembungkusan. Bekas botol besar yang mengandungi 50 biji biskut, yang kami jual pada harga RM15 sebotol. Dan bekas kecil yang mengandungi 15 biji biskut, yang kami jual pada harga RM5 sebekas. Jika anda berminat untuk menjadi pengedar produk biskut kami, terutama di musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, sila hubungi kami di jutatrend@yahoo.com untuk mendapatkan senarai harga untuk ejen penjual.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Jun-2009 09:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Produk : Almond London & Tart Nenas
|
|
Biskut Almond London
Tart Nenas Gulung
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Jun-2009 09:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siapa Kami?
|
|
Syarikat kami bermula di dapur rumah pasangan Azam dan Misbah yang mengeluarkan hanya satu jenis biskut (Almond London) lebih 10 tahun yang lalu. Pada peringkat awal, kami hanya membuat pengeluaran biskut pada bulan puasa dengan menyasarkan untuk jualan dimusim Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Tahun Baru Cina. Kini kami telah beroperasi di premis tetap yang terletak di Beranang, Selangor, dengan bilangan pekerja antara 4 hingga 8 orang bergantung pada keadaan dan permintaan.
Pada tahun ini produk keluaran kami telah bertambah ke 3 jenis iaitu Biskut Almond London, Tart Nenas Gulung dan Biskut Mazolla. Kami juga membekalkan pelbagai jenis kerepek termasuk kerepek pisang tanduk, kerepek ubi pedas, kerepek bawang dan jari udang. Kami juga adalah ejen penjual Kek Lapis Sarawak jenama Dilla's.
Jika anda berminat untuk membeli produk keluaran kami, sila datang ke kedai jualan kami yang terletak di Kampung Jalan Enam Kaki, Beranang, Selangor. Atau jika anda berhasrat untuk menjadi wakil penjual produk kami, sila hubungi kami di jutatrend@yahoo.com atau hubungi Azam di 012-3160355 supaya kami boleh menghantarkan kepada anda senarai harga jualan kami pada harga ejen.
Rebutlah peluang ini untuk memulakan perniagaan sampingan anda untuk mencari wang tambahan tidak kira samada berniaga di rumah, pejabat, pasar malam atau di mana sahaja. Ketahuilah bahawa 9 dari 10 punca rezeki adalah datangnya dari perniagaan. Selamat berjaya!
Azam Aziz
Pengurus Jualan
Zureen's Food
|
|
|
|